Penyelenggaraan Basikal gegancu pengun

Menyelenggara gegancu pengun adalah agak mudah kerana ia memiliki kurang bahagian berbanging basikal bergear. Gegancu perlu diperiksa berkala untuk memastikan tidak terdapat sebarang kerosakan pada gigi dan tiada objek bergesel ketika ia berputar dengan roda belakang. Rantai basikal juga perlu diperiksa bagi sebarang kerosakan.

Adalah penting (sekurang-kurangnya bagi menunggang di jalanan) agar rantai diketatkan mencukupi agar ia tidak terlucut dari samaada dari gegincu atau cecincin rantai. Ini biasanya bererti "rantai tidak kelihatan terlondeh". Rantai yang terlucut boleh menyebabkan pelbagai keadaan yang tidak diingini, seperti roda belakang terkunci atau, paling teruk, kerosakan rangka sekiranya rantai tersangkut sekeliling lengan pendayung dan menarik rangka belakang kehadapan. Pada basikal gegancu pengun tanpa brek tangan, rantai terlucut yang biasa sekalipun bererti kehilangan keupayaan membrek sepenuhnya. Selain ketegangan, rantai juga kurang berkemungkinan terlucut sekiranya garis rantai adalah tepat dan rantai merupakan jenis "sesendal penuh (full bushing)" tradisi dengan pergerakan sisi terhad. Disebabkan perbezaan antara rantai ketat dan londeh bersamaan dengan perbezaan panjang yang sedikit pada rantaian, ketegangan rantai perlu diperiksa dengan melihat sekurang-kurangnya sekali seminggu, terutama sekiranya basikal ditunggang pada keadaan kering atau basah.

Sebagaimana basikal lain, rantai perlu diperiksa bagi memastikan pengikat utama terikat kemas. Rantai boleh diminyakkan setiap bulan bagi memastikan penunganggan yang licin.[42] Juga, apabila perlu, brek perlu diketatkan kerana ia haus dan keadaan tayar perlu dipantau bagi kemungkinan berlaku kebocoran. Tekanan udara dalam tayar, penyelarasan tayar, letak picu brek, dan karat perlu dipantau setiap hari kerana ia mampu berubah ketika hentakan semasa menunggang.

Rujukan

WikiPedia: Basikal gegancu pengun http://www.rta.nsw.gov.au/hubpages/hub_bicycle.htm... http://www.bikesense.bc.ca/appendices.htm#law http://cyclesmith.ca/page.cfm?PageID=285 http://commutebybike.com/2005/05/31/what-is-a-fixe... http://www.cycling-mgi.com/articles/bike-maintenan... http://autobus.cyclingnews.com/features.php?id=fea... http://autobus.cyclingnews.com/tech.php?id=tech/20... http://www.edinburghbicycle.com/comms/srv.a4d?f_pg... http://www.fixedgearrepublic.com http://sports.espn.go.com/espn/thelife/news/story?...